Fina lekas keluar daripada katilnya.Dia mencari baju seragam sekolahnya. Kemudian, dia terus mandi. Selepas memakai baju sekolah, dia terus ke dapur untuk bersarapan. Tangannya ligat menyenduk nasi goreng yang berbaki di periuk, lalu makan bersama adiknya, Hana. "Hmm, sedapnya nasi goreng ini! Memang tiada siapa boleh kalahkan nasi goreng ibu ini." Fina memang suka mengambil hati orang. Puan Ina hanya tersenyum. Walaupun Puan Ina sudah 40-an,tetapi mukanya tetap cantik.Matanya bundar,mungkin sebab itulah mata Fina bundar.Hanya mata Hana sahaja yang sedikit sepet mengikut muka arwah ayahnya. Sebab itu muka Hana seperti orang cina.
"Jangan lupa hantar nasi lemak ini ke Warung Pak Mad. Hantar sekali karipap ini,ya?'' Pesan Puan Ina sambil menyusun bungkusan nasi lemak ke dalam sebuah bakul berwarna coklat. Dia juga membungkus karipap ke dalam bakul itu. "Baiklah,emak."
Selesai makan, Fina lekas membasuh tangan untuk menghilangkan bau nasi goreng yang dimakannya tadi. Fina segera menggalas begnya lalu bersalaman dengan emaknya. "Belajar rajin-rajin,tahun ini kamu SPM." Puan Ina sempat menitip pesanan kepada anaknya di muka pintu. "Baiklah, Datin Ina." Fina sempat lagi bergurau dengan emaknya tatkala sedang menyarungkan kasut sekolahnya. "Ada-ada sahaja kamu ini, Fina." Puan Ina hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu.
"Hana tidak mahu salam emak?" Puan Ina memandang Hana yang sedang memakai kasutnya. "Sekejap,Hana hendak memakai kasut dahulu." Jawab Hana.Kemudian dia bersalaman dengan emaknya. "Belajar dengan tekun. Tahun ini, kamu UPSR. Jalankan tugas sebagai penolong ketua pengawas dengan amanah,ya?" Puan Ina menitipkan pesanan kepada Hana pula.
"Baik,baik" Hana menjawab dengan ringkas.Hana memang penolong ketua pengawas bukan seperti kakaknya, yang pernah menjadi penolong ketua kelas sahaja. "Pergi dahulu ya,emak!" Fina melambai-lambai tangan kepada emaknya. Emaknya membalas balik lambaian tangan itu.
Kemudian, dia dan adiknya berjalan sehingga ke Warung Pak Mad. "Pak Mad,ini bungkusan nasi lemak dan karipap untuk hari ini,ya?" Fina memberitahu Pak Cik Mad sambil meletakkan sebuah bakul ke atas meja."Baiklah,terima kasih Fina." Selepas menghantar nasi lemak dan karipap, Fina dan adiknya berjalan sehingga ke satu persimpangan.Di situlah dia dan adiknya perlu ke jalan berbeza. Satu ke sekolah rendah, satu ke sekolah menengah. Hana bersalaman dengan kakaknya. "Jalan hati-hati. Belajar,jangan main-main.Tahun ini kamu UPSR.Dulu,kakak dapat semua A tau." Ucap Fina kepada adiknya dengan bangga ."Kakak pun sama. Tahun ini kakak SPM." Hana membalas balik paku buah keras kepada kakaknya.
"Amboi,kamu itu nanti kena SPM juga!"
"Tetapi,bukan sekarang."
"Kakak kata nanti."
"Hm,Oklah bye!"
Fina hanya menggeleng melihat karenah adiknya itu. Adiknya itu, lebih pandai dan matang daripada dirinya. Terbayang pula arwah ayahnya itu.Jika ayahnya masih ada,mungkin keluarganya tidak akan semiskin itu. 'Nampaknya Allah sayangkan ayah.Ayah lihatlah anak ayah itu. Dulu hendak cakap A B C pun payah.Sekarang sudah pandai berkata-kata dah.' Fina bercakap dalam hatinya. Kemudian, dia meneruskan perjalanan ke sekolahnya.